Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

SEMUA PTJ DIBAWAH SELIAAN


JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SARAWAK

 

PERKARA : PEMAKLUMAN PENYENGGARAAN PELAYAN SISTEM GOVERNMENT PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (GPKI) BAGI TUJUAN PENGUJIAN PEMULIHAN BENCANA PERKHIDMATAN MyGPKI

 

Assalamualaikum w.b.t danSelamat Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.       Dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan melaksanakan penyenggaraan ke atas pelayan Sistem GPKI 3.0 bagi tujuan aktiviti Pengujian Simulasi Pemulihan Bencana Perkhidmatan MyGPKI.

 

3.       Tarikh pelaksanaan penyenggaraan pelayan GPKI adalah pada 21 November 2020 (Sabtu) bermula jam 6 pagi hingga 22 November 2020 (Ahad) jam 6 petang .

 

4.       Untuk perhatian, Fungsi Sistem GPKI 3.0 yang tidak boleh dicapai pada sepanjang tempoh yang dinyatakan adalah seperti berikut:

 

         a.   Portal GPKI dan fungsi PKI bagi pengesahan identiti dan tandatangan digital di dalam Sistem Aplikasi ICT Kerajaan yang berintegrasi dengan Sistem GPKI 3.0;

 

         b.   Membuat aduan/pertanyaan dan semakan status aduan melalui GPKI Desk;

 

         c.   GPKI eLearning; dan

 

         d.   GPKI Mobile

 

5.       Oleh itu, sekiranya terdapat keperluan permohonan sijil digital dan keperluan melaksanakan transaksi Sistem ICT Kerajaan yang berintegrasi dengan Sistem GPKI, permohonan dan transaksi hendaklah dibuat sebelum atau selepas tarikh dan masa yang dinyatakan.

 

6.       Perhatian dan kerjasama yang diberikan di dalam perkara ini adalah amat diharapkan.

 

Sekian, terimakasih.

 

SEKSYEN ICT, JANM NEGERI SARAWAK