Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
​​Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, server Epiplex bagi fungsi issue reporting dan que card sudah tidak lagi digunakan. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dipohon untuk memanjangkan kepada pihak PTJ untuk menyah-pasang (uninstall) aplikasi Epiplex daripada komputer pengguna-pengguna iGFMAS di PTJ.
Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang masalah semasa atau selepas aktiviti menyah-pasang aplikasi berkenaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi terus pihak BPTM.

Bersama-sama ini dipanjangkan emel di bawah sebagai rujukan pihak tuan/puan jua selanjutnya.
Kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.


“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”


 
Unit Pengurusan Maklumat
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Putrajaya​