Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Penghantaran Sijil Pengesahan Baki VOT BAGI PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Sarawak
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2019, semua PTJ dibawah seliaan JANM Negeri Sarawak dikehendaki mengisi borang penghantaran dan memuat naik sijil pengesahan baki vot di bawah pautan yang berikut:
https://goo.gl/forms/MxpLyIomw0wmFNpc2
3. Ini adalah untuk memastikan penghantaran sijil pengesahan baki vot sentiasa dikemaskini di dalam daftar penyesuaian yang diselenggara oleh pihak JANM Negeri Sarawak bagi mengelakkan keciciran maklumat yang dihantar oleh PTJ. Walaubagaimana pun, PTJ PERLU menghantar sijil pengesahan baki vot tersebut secara HARDCOPY kepada JANM Negeri Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
JANM Negeri Sarawak